dulu aku ni budak biasa ja. pandai tu ndak la & mau cakap kurang pandai pun nda la jugak. budak biasa ja pun. dulu aku ni nda pernah bercinta. tapi ada satu kisah yang aku susah mau lupa dalam hidup aku. mungkin "dia" tu kisah cinta pertama aku kali. ntah la susah mau cakap kan. pengalaman masing-masing, jadi tuan punya badan ja la yang tau kan.
sampailah satu masa aku terserempak dengan seorang perempuan ketika aku selalu balik dari sekolah. mula-mula aku terpandang dia macam kenal, tapi rupa-rupanya perasaan aku ja. dia bersekolah di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu manakala aku bersekolah di SMK Sanzac dulu. aku mula masuk sana form 4 sana sampailah aku form 5.
aku selalu pegi sekolah macam biasa, kena hantar dan bila pulang aku balik sendiri. kadang-kadang tu kena ambil la. hehehe. tapi aku lagi suka balik sendiri. aku ni pendiam dalam kelas, jarang bercakap kecuali nakal aku tu datang tiba-tiba. huhuhu bikin heran jugak kadang-kadang aku ni. cerita bermula apabila satu ari classmate aku nama dydey. dia ni budak bagus dan manis ja orangnya. ramai yang suka berkawan sama dia ni.
dia ni panggil aku "bro" kunun aku ni macam abang dia sudah. dia ni selalu jugak cerita pasal masalah dia sama aku. apa-apa ja la kecuali peribadi betul. sampailah dia datang pi tempat duduk aku satu ari tu terus dia tanya aku ni. "bro, free ka ni? xda buat apa-apa kerja?" aku jawablah "free juga ni, napa sis?" terus dia gitau la aku yang dia mau tanya aku satu pendapat. aku pun dengarlah. "bro, lau ada perempuan ba, maksud aku "couple" selalu bergaduh ja, pastu BF dia ni suka maki hamun dengan dia, perlukah tahan ja?" terus aku pun tanya dia. "napa sis tanya bro soalan begini ni?" hurmmm, manalah aku ada pengalaman pasal benda-benda gini ni. tapi aku bagi jugak pendapat aku dengan dia. aku cakaplah "minta berpisah ja lau gitu sebab apalah maksud sama-sama tapi selalu kena buat camtu, kita manusia bukan haiwan mau kena buat camtu." terus aku tanya napa sis punya prob ka tau siapa ni? dia jawab "adalah, bro" hehehe sambil dia ketawa dan cakap thanks dengan aku. hurmmmm ada-ada ja c dydey ni.
bunyi loceng dan aku baliklah macam biasa naik bas. bila aku turun terserempak lagi dengan "dia", perempuan yang selalu aku terjumpa tu. aku buat dek ja la jalan terus. tapi sometime aku terfikir jugak, kenapalah selalu terjumpa dia ni. ermm dari sakit kepala memikir bagus abai ja la bukan ada apa-apa pun. selang 3 hari c dydey tu datang jmpa aku balik, datang-datang ja dia terus cakap "terima kasih pasal nasihat hari tu ya". aku cakaplah ok ba teda masalah hehehe. napa? terus dia cakap masalah aritu bukan masalah dia tapi "cousin" dia. terus aku tanya siapa? "adalah" bro nda kenal jugak hihihi ketawa dia kunun. huhuhu aku rilek ja la tersenyum sama dia.
belum sempat dia balik dia cakap yang "cousin" dia tu berterima kasih sangat sama aku. aku cakaplah "ok" terus dia cakap lagi yang "cousin" dia tu mau jumpa aku. aku cakaplah untuk apa? dia cakap "saja-saja ja ba bro, mau ka nda?" terus aku cakap tengoklah macam mana. aku ni pemalu manalah mau jumpa-jumpa terus lau nda kenal. huhuhu. paling aku fobia tu camtu. hehehe. sehari berlalu masa di kelas dia jumpa lagi aku di tempat duduk aku. "hai bro, "cousin" sis minta no hp bro!" aku jawab, hah!? untuk apa? "ada dia mau cakap sama bro ba..." jadi aku bagi ja la, tanpa apa-apa niat pun di hati aku. mungkin dia mau cakap terima kasih ja kan. apa salahnya bukan ada apa-apa jugak pun. pas ja aku balik dari sekolah terus malamnya aku kena mesej. aku nda kenal no tu tapi dia tau nama aku. aku "layan" ja la mesej dengan dia. nama dia bibie. nama panggilan la. nama betul dia helina. lama jugak kami ber-sms sampailah dia bawa aku berjumpa hujung minggu. aku ni bingung sendiri mau pigi ka nda. tapi last-last aku pigi jugak. hehehe apalah aku ni "nervous" nda tentu pasal pula.
bila hujung minggu tiba, aku pun bangunlah pagi awal. bersiap dan terus jalan ke tempat kami mau berjumpa. di CP (Centre Point) lagi tu. hahaha. sanalah paling senang mau jumpa. naik bas pun senang ni sebab terminal dulu sebelah ja pun. sebelum berjumpa kami berjanjilah pakai baju apa jadi senang jumpa. maklumlah baru first time berjumpa, takut pula salah orang nanti. aku pakai baju biru waktu tu. dia cakap dengan aku dia pakai baju merah. aku masih ingat lagi time tu kami berjumpa di tingkat 3. nda tau la napa di sana pula kami bole berjumpa. hehehe. setelah setengah jam aku di CP last-last hp aku berbnyi, aku sambutlah, "dia" rupanya hehehe. dia tanya aku di mana aku gitau la dia. time aku tunggu tu punyalah aku bergegar. aku tengok ramai orang lalu lalang. pastu aku terkejut, perempuan yang aku selalu terserempak masa pulang sekolah tu pun ada, baru menuju pi tempat aku lagi. dia limpas ja. aku buat-buat nda tau ja. sekali hp aku berbunyi lagi. aku jawablah "hello, bibie di mana?" dia jawablah, di sini sudah. aku pun cakaplah aku pun di sini jugak. sekali tengok pusing, rupa-rupanya perempuan yang aku selalu terserempak tu lah c bibie. punya aku tergamam sekejap. dia terus approach dan salam tangan aku. "lama sudah tunggu?" aku gitau la dia nda jugak baru-baru ja ni. hehehe. masih lagi bermain di fikiran aku dia pula rupa-rupanya.
kami berjalan la di CP tu. abis kami pusing-pusing. hehehe. c bibie ni memang cantik bagi aku. senyuman dia tu yang buat aku selalu terpesona. waktu kami berjalan aku di belakang dia. tau napa? bukan aku ambil kesempatan tapi baju dia tu singkat, jadi nampak la badan di belakang dia. dia nda sedar jadi malas aku mau tegur, aku sengaja ja di belakang dia cover-cover. yalah nda baguslah lau orang lain nampak kan. faham-faham ja la lau sudah di bandar ni. pa lagi lau di CP tu. huhuhuhu. bila dia tanya napa aku jalan di belakang ja? aku cakap ndapa la jalan ja ok jugak ni. padahal dia nda tau hal sebenarnya.
beberapa bulan kami saling mengenali akhirnya tiba satu malam tu dia sms aku pasal ada dia mau cakap sesuatu. aku tanya la apa dia? dia tanya aku ada GF ka suda. aku jawablah teda. memang betul pun kan. buat apa aku mau tipu-tipu dia. heran jgk aku dia tanya camtu. pastu dia cakap ni, bibie suka cara han, han baik dan han lucu. terus aku cakap iyaka? padahal malu-malu suda aku time tu. huhuhuhu. dia cakap lagi "han, bole han jadi BF, bibie? dupppp checkmate aku d sana. aku pun gagaplah cakap, sebenarnya han memang dah lama sukakan bibie. selalu terserempak. mungkin bibie nda perasan kan. dia terkejut ni, iyaka? nda sedar la bibie. hehehe dia ketawa. dan saat tu dia suda menjadi sebahagian dari hidup aku. aku masih ingat tarikh tu, 5 Ogos 2003. itulah saat pertama aku mula menemui "cinta pertama" aku.
banyak yang aku lalui bersama dia. yala, aku ni orang biasa ja nda punya segala-galanya. tiada manusia yang sempurna kan. apa pun, selagi aku mampu dan terdaya, aku akan berkorban untuk dia supaya dia gembira. aku pernah berjalan kaki dari masjid bandaraya sampailah yayasan sabah. kerana apa? dia. pasal apa buat camtu? pasal aku sangat sayangkan dia. lebih dari yang dia tahu. aku selalu jemput dia balik dari latihan bola tampar. dia ni aktif bola tampar. hehehe. dan paling aku suka, dia ni pandai menyanyi. kalah-kalah siti. aisehh lebih-lebih pula aku ni. hehehe. dia ni manja sangat dengan aku. selama sama-sama dia nda pernah aku maki tau cakap benda yang nda baik dengan dia. even "bodoh" pun aku nda pernah lepas dari mulut aku. aku nda sanggup lukakan hati dia. aku sayang dia ni. aku selalu luang masa dengan dia. yang aku mau dia gembira selalu. aku nda minta apa-apa. aku cuma berharap dia menyayangi aku sama seperti aku menyayangi dirinya. itu ja.
waktu berlalu dan berlalu, sehingga satu masa dia pernah minta aku berjanji nda akan tinggalkan dia. kerana dia mahu hidup bersa aku. aku nda suka berjanji ni. tapi kerana keikhlasan dia sampai menitiskan airmata. aku nda tahan tengok dia camtu. jadi aku cakapla "ya han janji nda akan tinggalkan bibie". terus dia tersenyum ni. ermm barulah senang hati aku tengok dia. salah satu pengorbanan besar yang aku lalui kerana cinta kami adalah berhadapan dengan "family" dia. dulu memang aku nda nafikan aku langsung nda disukai oleh family dia. tapi aku selalu ingat pesan mama aku, bersabarlah kerana itulah kekuatan manusia yang terhebat. setiap kali aku pergi ke rumah dia, mesti aku dijeling. salam aku pun kadang-kadang nda dijawab. tapi aku abaikan semua tu kerana keikhlasan aku mencintai helina. aku ambil masa selama 2 tahun untuk rapat dengan family dia sehingga satu masa aku dianggap seperti keluarga suda. happy ni aku. hehehehe.
tapi selepas semua aku lalui dengan tabah, tanpa aku sedari bibie mulai berubah. dia jarang sms aku. jumpa pun nda. semua ni berlaku selepas aku balik study dari Perak. aku sabar ja dengan setiap karenah dia. kadang-kadang hampir selalu dia bawa aku bertengkar. aku betul-betul nda suka mau bertengkar ni. pa lagi dengan orang yang aku sayang. huhuhuhu. tapi aku percaya Allah itu Maha Adil. satu ari, aku ditunjukkan bahawa dia ada yang "lain". hancur hati aku waktu tu hanya tujan ja yang tau. aku menangis. bohonglah lau aku rilek ja kan. aku tau kecurangan dia terhadap aku. banyak kali dia tipu aku. aku tau semua tu tapi aku diam ja. aku selalu berdoa agar tuhan menunjukkan aku jalan untuk semua yang aku lalui ni. sehinggalah satu masa dia kedapatan "curang" di depan aku. aku hanya mampu tengok dia dan terus pulang. tanpa cakap sebarang perkataan pun.
besoknya aku datang jumpa dia. di depan rumah dia. aku bercakap dengan dia. "apa dosa han selama ni? apa lagi yang nda cukup? han dah berikan yang terbaik dan yang termampu, apa lagi yang bibie mahu? em? han sayang bibie lebih daripada yang bibie tau. nda cukupkah lagi semua tu? em? han sanggup lalui saat pahit dan manis bersama bibie. waktu susah senang ketawa menangis, han nda pernah abaikan bibie. apa lagi yang bibie mau?" dia menangis sambil cakap dengan aku, han terlalu baik untuk bibie. han nda layak bersama han. han lebih "deserved" bersama perempuan yang lebih baik dari bibie. terus aku cakap, "jawapan apa tu sayang? alasan apa tu? em?" bibie sanggup kan tengok han menderita? kalau ini yang mampu menggembirakan bibie, han sanggup telan semua ni. terima kasih kerana pernah mencintai han selama ni walaupun sedikit. terima kasih sebab hancurkan hati orang yang betul-betul sayangkan bibie sepenuh hatinya. dia pegang pipi aku dan cakap "ampunkan bibie, han". aku lepaskan tangannya dan terus toleh ke belakang dan beredar dari situ...... dan itulah kali terakhir aku bersama "dia"...... luka dan parut tu masih kurasakan sampai sekarang. aku telah melakukan pengorbanan yang terbesar untuk orang yang aku cintai. cinta pertama aku dalam hidup ni......
THE END
